Senaman
Bersenam boleh meningkatkan fungsi sistem badan utuk menyingkirkan hasil kumuhan badan dan toksin yang menjadi faktor berlakunya penyakit yang tidak diingini. Secara umum sistem sokongan badan yang terlibat semasa latihan senaman dilakukan meliputi sistem jantung, paru-paru, peredaran darah serta otot. Kajian di dalam Jurnal Aplikasi Fisiologi membuktikan bahawa bersenam sebelum, semasa dan selepas berbuka puasa boleh mengurangkan kehilangan glikogen di dalam sistem otot serta meningkatkan penggunaan sumber tenaga daripada lemak untuk bersenam. Ini sekali gus dapat mengurangkan kandungan lemak di dalam badan dan pada masa yang sama mengurangkan berat badan.
REGANGAN
Dengan melakukan aktiviti regangan otot mampu mengekalkan momentum tubuh yang memerlukan pergerakan sepanjang hari.
TIPS PENTING KEKAL CERGAS
- Mulakan senaman dengan memanaskan badan terlebih dahulu.
- Perlu tahu tahap keupayaan diri, jangan paksa melakukan aktiviti yang terlalu berat sehingga memudaratkan.
- Hadkan masa tertentu dalam 15-20 minit.
- Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan tahap metabolisme.
- Banyakkan meminum air kosong dan kurangkan air manis bagi mengelakkan dihidrasi.
- Elakkan mengambil minuman berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan.
wow! bagus info ni... selalu sangat culas nak bersenam... ;-)
ReplyDeletejemputla melawat blog saya.. ada juga tip2 kesihatan sebagai panduan...
www.cintahealth.com
salam ukhwah,
msraiza