Saturday, 29 December 2012

Senaman

Bersenam boleh  meningkatkan fungsi sistem badan utuk menyingkirkan hasil kumuhan badan dan toksin yang menjadi faktor berlakunya penyakit yang tidak diingini. Secara umum sistem sokongan badan yang terlibat semasa latihan senaman dilakukan meliputi sistem jantung, paru-paru, peredaran darah serta otot. Kajian di dalam Jurnal Aplikasi Fisiologi membuktikan bahawa bersenam sebelum, semasa dan selepas berbuka puasa boleh mengurangkan kehilangan glikogen di dalam sistem otot serta meningkatkan penggunaan sumber tenaga daripada lemak untuk bersenam. Ini sekali gus dapat mengurangkan kandungan lemak di dalam badan dan pada masa yang sama mengurangkan berat badan.

REGANGAN

Dengan melakukan aktiviti regangan otot mampu mengekalkan momentum tubuh yang memerlukan pergerakan sepanjang hari.

TIPS PENTING KEKAL CERGAS

  1. Mulakan senaman dengan memanaskan badan terlebih dahulu.
  2. Perlu tahu tahap keupayaan diri, jangan paksa melakukan aktiviti yang terlalu berat sehingga memudaratkan.
  3. Hadkan masa tertentu dalam 15-20 minit.
  4. Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan tahap metabolisme.
  5. Banyakkan meminum air kosong dan kurangkan air manis bagi mengelakkan dihidrasi.
  6. Elakkan mengambil minuman berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan.

Masa Untuk Kurangkan kalori

Apa sahaja yang kita lakukan,melibatkan rutin harian memerlukan tenaga mencukupi sebagai sistem sokongan badan. Baik aktiviti seperti menggosok gigi sehinggalah kepada melakukan pekerjaan berat seperti mengemas rumah dan mengangkat barang semuanya mampu mengurangkan kalori dalam badan. Apabila berpuasa masa yang terbaik untuk mengurangkan jumlah kalori dalam badan. Malah inilah masa paling sesuai untuk kita menghasilkan kalori defisit agar misi menurunkan berat badan dapat dicapai.
 
Berikut 5 aktiviti yang boleh diamalkan bagi mengurangkan kalori dengan cara yang mudah :
 
 
1. Mengemas rumah
  • Tempoh : 30 minit
  • Jumlah kalori yang dibakar : 102kcal
  • Kadar pembakaran: 20kcal/jam
 
2. Bekerja di Pejabat
  • Tempoh: 8 jam
  • Jumlah kalori yang dibakar : 650kcal
  • Kadar pembakaran: 81kcal/jam
 
3. Menggunakan tangga
  • Tempoh :15 minit
  • Jumlah kalori yang dibakar : 110kcal
  • Kadar pembakaran: 440kcal/jam

4. Memasak
  • Tempoh : 1 jam
  • Jumlah kalori yang dibakar : 154 kcal
  • Kadar pembakaran : 154kcal/jam

5. Joging
  • Tempoh : 30 minit
  • Jumlah kalori yng dibakar : 278kcal
  • Kadar pembakaran : 556kcal/jam



Monday, 30 January 2012

Selamat datang pengunjung blog yang dirahmati Allah

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Segala perkongsian diharapkan mendatangkan kebaikan kepada semua. Yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan.