Selamat datang ke ruangan dapur kecil
Kek kegemaran saya ialah kek coklat. Saya telah mencuba untuk membuatnya sendiri, inilah hasilnya.
Saya kongi resepi kek coklat seperti berikut:
Bahan-bahannya
1) Telur Ayam 1 biji
2) Gula pasir (kisar halus)
3) Tepung gandum 1 1/4 cawan (diayak)
4) Serbuk koko 1 cawan
5) Susu pekat 1 cawan
6) Susu cair 1 cawan
7) Minyak masak 1 cawan
8) Serbuk penaik 1 sudu kecil (ayak bersama tepung)
9) Serbuk bikarbonat 1 sudu kecil (ayak bersama tepung)
Cara-cara membuatnya
Pukul telur dan gula sehingga kembang, masukkan susu pekat, susu cair dan minyak masak. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk koko. Pukul sehingga sebati. Setelah itu masukkan ke dalam loyang dan kukus. Kukus selama 1 jam dan pastikan kek tidak terkena air semasa mengukus.